Blogger Templates

Friday, 23 August 2013

timewise solution


aha! kali nie kita mengenali segala macam produk yg telah dikeluarkan oleh Mary Kay dan telah memuaskan hati para pengguna sekalian. kali nie sy ingin kongsikan dengan anda produk timewise.

produk nie juga di kenali sebagai Miracle set. ia sangat sesuai utk pengguna yang berumur 30 tahun dan ke atas. KENAPA? kerana produk ini adalah anti-penuaan. bukan tak setuju dengan umur yg semakin meningkat. tp utk buang sedikit garis garis kedutan dimuka.

jadi, anda boleh lah saran kan kepada mak mak anda, makcik makcik anda, nenek nenek anda. jangan terkejut, nenek juga boleh pakai ye.

dan yg paling penting, kalau anda tak cukup bajet nak beli 1 set penuh. kita ada trial set utk anda. dan sudah pasti sangat lah berbaloi baloi.



- 3 in 1 cleanser
- age-fighting moisturizer
- day solution
- night solution




- 3 in 1 cleansing bar


Replenishing serum+C




- firming eye cream



- Targeted-action eye revitalizer




- firming eye cream




- microdermabrasion set




- night complex




- moisture renewing softener


jika anda berminat utk mencuba produk miracle ini secara PERCUMA, jom set kan temujanji kita ! jangan lepas kan peluang ini.


love & trust
Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay - 
Ateng Daud
013-9040679




langkah penjagaan kulit


Aha! kulit yang cantik bermula dari langkah penjagaan yang rapi, penjagaan yg betul. kalau langkah pun tak betul, macam mana nak nampak kulit kelihatan cantik berseri seri kan?

" sis, macam mana cara penjagaan kulit dengan betul? "

haaaa, mari kita rungkaikan pertanyaan itu. hapuskan segala tanda tanya di benak anda.

Sains telah membuktikan bahawa terdapat 5 langkah dalam penjagaan kulit.

- Pembersih
membersih dan menanggalkan semua mekap, kotoran dan minyak.

- Pengelupasan
menanggalkan sel kulit mati yg terkumpul di permukaan kulit.

- Penyegaran
membersih, menyegar, melembutkan dan melembapkan.

- Pelembapan
menghidratkan semula, menyubur, memperbaik dan menyeimbangkan kulit.

- Perlindungan
melindungi kulit drpd bahan cemar seperti cahaya matahari dan debu, menyembunyikan ketidaksempurnaan minor, meratakan nada kulit.

"penjagaan kulit kita bermula dengan peralatan kecantikan yg paling penting - jari jari kecantikan kita"

Jari tengah dan jari manis adalah jari jari kecantikan anda dan anda akan menggunakan jari jari ini untuk memakai produk pada kulit anda. jari jari ini lebih mudah di kawal dan memberikan sentuhan yg lebih lembut berbanding dengan jari jari yg lain.

sapukan produk anda dengan gerakan ke atas dan ke arah luar di kawasan pipi, rahang dan dahi. anda boleh bayangkan? kalau masih belum, jom setkan temujanji kita !

hanya ada satu kawasan yg kita gunakan gerakan ke arah dalam iaitu kulit sensitif di bawah mata. di sini kita akan gunakan sentuhan yg paling lembut mungkin. tepuk tepuk ringan sahaja produk itu pada kulit anda untuk mengelakkan pegangan dan rentapan di kawasan sensitif. regangan dan rentapan boleh menyebabkan kedutan pramatang di sekitar mata.

inginkan gambaran yg lebih jelas? jom sertai kelas penjagaan wajah bersama saya. anda boleh bawa kawan bersama!!


love & trust
Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay -
Ateng Daud
013-9040679




kenali jenis kulit anda




Mary Kay telah membangunkan pelbagai jenis produk penjagaan kulit untuk memenuhi keperluan unik kulit anda. Biar sy jelaskan jenis-jenis kulit dan anda boleh tentukan jenis kulit anda. secara asalnya, terdapat 4 jenis kulit :

kulit kering
Kulit kering selalu berasa ketat dan mungkin di sertai garis-garis halus. porinya lebih kecil tetapi kulit berasa kering dan kasar jika disentuh. keperluan utama kulit kering adalah menambahkan lembapan dan menghidratkan semula kulit bagi mengurangkan kedutan dan pengelupasan.

kulit normal
Kulit normal kelihatan licin, halus serta mempunyai nada kulit yg sihat. tekstur kulitnya halus dan porinya tidak ketara. tumpuan untuk kulit normal adalah mengekalkan keseimbangan lembapan supaya kulit lebih kekal sihat.

kulit berminyak
Ciri ciri kulit berminyak adalah ketara; porinya besar dan kulit kelihatan berkilat. sebum berlebihan menyebabkan pori tersumbat dan berjerawat. tumpuannya adalah untuk mengawal penghasilan sebum dan membersihkan pori yg tersumbat dengan kotoran dan minyak berlebihan.

kulit kombinasi
Jenis kulit ini agak lazim. kulit jenis ini agak normal kecuali kawasan T zon adalah berminyak sementara kawasan lain di muka adalah kering atau normal. tumpuan bagi kelit jenis ini adalah memastikan kulit sihat dan seimbang dengan menghidratkan kawasan kering dan mengawal tempat yg lebih berminyak.

Tapi AWAS! jika anda PERNAH menggunakan produk pengelupasan, kulit anda tidak lg berada di dalam kategori ini. hubungi saya untuk info lanjut.

sudahkah anda kenalpasti kulit anda?

love & trust
Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay - 
Ateng Daud
013-9040679



Memahami kulit anda


kita semua inginkan kulit yg cantik bukan? ayuh kita selongkar tentang kulit kita.

Epidermis memperlahankan kadar kehilangan lembapan dari lapisan bawah. ia juga mengandungi sel penjana pigmen yang memberi warna kepada kulit dan boleh menjadi punca nada kulit tidak sekata. dalam satu kitaran empat minggu secara berterusan, sel hidup bergerak dari bawah epidermis ke permukaan kulit.

Dermis ialah bahagian dalam kulit. ia terdiri drpd kolagen dan serat elastin yg menyokong komponen penting dalam kulit. apabila lapisan ini dihidratkan, kulit kelihatan lebih muda dan tampak halus.


sayangi kulit anda!

love & trust
Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay - 
Ateng Daud
013-9040679







Janji produk Mary Kay


- salah satu daripada sebabnya terdapat berjuta-juta pelanggan setia Mary Kay di seluruh dunia adalah kerana produk Mary Kay secara konsisten memberikan faedah yg wanita mahu pada harga yg mereka mampu membayar.

- keselamatan pengguna adalah keutamaan kami. jutaan dolar telah dilaburkan dalam ujian penyelidikan setiap tahun untuk memastika setiap ramuan dan produk akhir memenuhi piawaian tertinggi dari segi keselamatan, mutu dan prestasi.

- Mary Kay Inc berunding dengan pakar dermatologi, oftalmologi dan profesional perubatan terkemuka yg lain secara tetap dalam penggunaan teknologi yg paling maju dan berkesan.

- kami mahu pelanggan 100 % berpuas hati. sebab itulah syarikat menyokong penuh produknya dengan jaminan kepuasan produk yg 100 %.

- falsafah kami amat mudah - kami akan kotakan setiap janji produk yg kami lafazkan. kerana kami dengan bangganya menyokong penuh kualiti produk dan faedah sebenar yg dibekalkannya, terdapat jutaan wanita yg berkata, Saya Sayangkan Mary Kay saya!


love & trust
Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay -
Ateng Daud
013-9040679




Sejarah Mary Kay



Jom kita berkenalan dengan Mary Kay.

Siapa yg menubuhkan Mary Kay?
- pengasas kepada Mary Kay adalah Mary Kay Ash. Beliau menubuhkan syarikat ini pada 1963 ketika beliau berumur 45 tahun.

- beliau seorang pemimpin berwawasan yg memulakan Syarikat ini kerana beliau ingin memberikan wanita satu peluang yg boleh memperkaya kehidupan mereka.

- pada awal 60-an, beliau menyedari bahawa wanita memerlukan peluang untuk mencapai kejayaan kewangan sambil menyeimbangkan kehidupan mereka dengan nilai dan keutamaan yg paling penting kepada mereka.

- dan sekarang (2013), 50 tahun kemudian, wanita masih menyayangi Mary Kay, wanita ini, produknya dan falsafahnya. ini kerana ia sebuah syarikat yg penuh dengan kasih sayang.

- Mary Kay Ash mendapat banyak anugerah yg berprestij dan diiktiraf sebagai usahawan wanita yg terunggul dalam sejarah Amerika!



Kenali Diri


Assalamualaikum..

saya ialah Fatim Zaharah Bt Mohd Daud. Anda boleh panggil sy Ateng Daud. Sy berasal dari Kelantan. Masih lg belajar di tahun akhir UiTM Kota Bharu. InshaaAllah akan berstatus graduan pada Januari 2014. sy adalah pelajar ijazah sarjana muda perakaunan.

sy mula berjinak-jinak dengan perniagaan Mary Kay sejak awal June 2013. sy berkenalan dengan recruiter sy, kak ayu ketika sy praktikal di Kelana Jaya. kami berkenalan melalui facebook. tidak pernah antara 1 sama lain. dan sekarang kami ibarat adik-beradik. walaupun baru 2 bulan mengenali beliau.

sebelum berjinak-jinak dengan perniagaan Mary Kay, sy adalah pengguna produk Mary Kay. sejak Februari 2013.

Kenapa sy memilih Mary Kay?
- Mary Kay ditubuhkan pada tahun 1963 (tahun mak sy lahir) dan kini (2013) Mary Kay berusia 50tahun. Mary Kay bukan sahaja perniagaan, tetapi juga menjadi career kepada setiap beauty consultant Mary Kay. sy membuat keputusan utk menyertai Mary Kay kerana jatuh cinta pada produk Mary Kay. sy juga ingin berkongsi dengan wanita di luar tentang kehebatan produk Mary Kay

- Mary Kay juga mempunyai pelan tindakan yg sangat teratur. tinggal kita hanya perlu ikut segala pelan tindakan itu. tidak susah bila anda berada di dalam Mary Kay. hanya mahu dan tidak je!

Jika anda berminat menjadi seperti sy, anda boleh terus hubungi saya!

love & trust
Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay -
ateng daud
013-9040679