Blogger Templates
Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Friday, 23 August 2013

langkah penjagaan kulit


Aha! kulit yang cantik bermula dari langkah penjagaan yang rapi, penjagaan yg betul. kalau langkah pun tak betul, macam mana nak nampak kulit kelihatan cantik berseri seri kan?

" sis, macam mana cara penjagaan kulit dengan betul? "

haaaa, mari kita rungkaikan pertanyaan itu. hapuskan segala tanda tanya di benak anda.

Sains telah membuktikan bahawa terdapat 5 langkah dalam penjagaan kulit.

- Pembersih
membersih dan menanggalkan semua mekap, kotoran dan minyak.

- Pengelupasan
menanggalkan sel kulit mati yg terkumpul di permukaan kulit.

- Penyegaran
membersih, menyegar, melembutkan dan melembapkan.

- Pelembapan
menghidratkan semula, menyubur, memperbaik dan menyeimbangkan kulit.

- Perlindungan
melindungi kulit drpd bahan cemar seperti cahaya matahari dan debu, menyembunyikan ketidaksempurnaan minor, meratakan nada kulit.

"penjagaan kulit kita bermula dengan peralatan kecantikan yg paling penting - jari jari kecantikan kita"

Jari tengah dan jari manis adalah jari jari kecantikan anda dan anda akan menggunakan jari jari ini untuk memakai produk pada kulit anda. jari jari ini lebih mudah di kawal dan memberikan sentuhan yg lebih lembut berbanding dengan jari jari yg lain.

sapukan produk anda dengan gerakan ke atas dan ke arah luar di kawasan pipi, rahang dan dahi. anda boleh bayangkan? kalau masih belum, jom setkan temujanji kita !

hanya ada satu kawasan yg kita gunakan gerakan ke arah dalam iaitu kulit sensitif di bawah mata. di sini kita akan gunakan sentuhan yg paling lembut mungkin. tepuk tepuk ringan sahaja produk itu pada kulit anda untuk mengelakkan pegangan dan rentapan di kawasan sensitif. regangan dan rentapan boleh menyebabkan kedutan pramatang di sekitar mata.

inginkan gambaran yg lebih jelas? jom sertai kelas penjagaan wajah bersama saya. anda boleh bawa kawan bersama!!


love & trust
Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay -
Ateng Daud
013-9040679




kenali jenis kulit anda




Mary Kay telah membangunkan pelbagai jenis produk penjagaan kulit untuk memenuhi keperluan unik kulit anda. Biar sy jelaskan jenis-jenis kulit dan anda boleh tentukan jenis kulit anda. secara asalnya, terdapat 4 jenis kulit :

kulit kering
Kulit kering selalu berasa ketat dan mungkin di sertai garis-garis halus. porinya lebih kecil tetapi kulit berasa kering dan kasar jika disentuh. keperluan utama kulit kering adalah menambahkan lembapan dan menghidratkan semula kulit bagi mengurangkan kedutan dan pengelupasan.

kulit normal
Kulit normal kelihatan licin, halus serta mempunyai nada kulit yg sihat. tekstur kulitnya halus dan porinya tidak ketara. tumpuan untuk kulit normal adalah mengekalkan keseimbangan lembapan supaya kulit lebih kekal sihat.

kulit berminyak
Ciri ciri kulit berminyak adalah ketara; porinya besar dan kulit kelihatan berkilat. sebum berlebihan menyebabkan pori tersumbat dan berjerawat. tumpuannya adalah untuk mengawal penghasilan sebum dan membersihkan pori yg tersumbat dengan kotoran dan minyak berlebihan.

kulit kombinasi
Jenis kulit ini agak lazim. kulit jenis ini agak normal kecuali kawasan T zon adalah berminyak sementara kawasan lain di muka adalah kering atau normal. tumpuan bagi kelit jenis ini adalah memastikan kulit sihat dan seimbang dengan menghidratkan kawasan kering dan mengawal tempat yg lebih berminyak.

Tapi AWAS! jika anda PERNAH menggunakan produk pengelupasan, kulit anda tidak lg berada di dalam kategori ini. hubungi saya untuk info lanjut.

sudahkah anda kenalpasti kulit anda?

love & trust
Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay - 
Ateng Daud
013-9040679



Memahami kulit anda


kita semua inginkan kulit yg cantik bukan? ayuh kita selongkar tentang kulit kita.

Epidermis memperlahankan kadar kehilangan lembapan dari lapisan bawah. ia juga mengandungi sel penjana pigmen yang memberi warna kepada kulit dan boleh menjadi punca nada kulit tidak sekata. dalam satu kitaran empat minggu secara berterusan, sel hidup bergerak dari bawah epidermis ke permukaan kulit.

Dermis ialah bahagian dalam kulit. ia terdiri drpd kolagen dan serat elastin yg menyokong komponen penting dalam kulit. apabila lapisan ini dihidratkan, kulit kelihatan lebih muda dan tampak halus.


sayangi kulit anda!

love & trust
Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay - 
Ateng Daud
013-9040679