Blogger Templates
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Friday, 23 August 2013

langkah penjagaan kulit


Aha! kulit yang cantik bermula dari langkah penjagaan yang rapi, penjagaan yg betul. kalau langkah pun tak betul, macam mana nak nampak kulit kelihatan cantik berseri seri kan?

" sis, macam mana cara penjagaan kulit dengan betul? "

haaaa, mari kita rungkaikan pertanyaan itu. hapuskan segala tanda tanya di benak anda.

Sains telah membuktikan bahawa terdapat 5 langkah dalam penjagaan kulit.

- Pembersih
membersih dan menanggalkan semua mekap, kotoran dan minyak.

- Pengelupasan
menanggalkan sel kulit mati yg terkumpul di permukaan kulit.

- Penyegaran
membersih, menyegar, melembutkan dan melembapkan.

- Pelembapan
menghidratkan semula, menyubur, memperbaik dan menyeimbangkan kulit.

- Perlindungan
melindungi kulit drpd bahan cemar seperti cahaya matahari dan debu, menyembunyikan ketidaksempurnaan minor, meratakan nada kulit.

"penjagaan kulit kita bermula dengan peralatan kecantikan yg paling penting - jari jari kecantikan kita"

Jari tengah dan jari manis adalah jari jari kecantikan anda dan anda akan menggunakan jari jari ini untuk memakai produk pada kulit anda. jari jari ini lebih mudah di kawal dan memberikan sentuhan yg lebih lembut berbanding dengan jari jari yg lain.

sapukan produk anda dengan gerakan ke atas dan ke arah luar di kawasan pipi, rahang dan dahi. anda boleh bayangkan? kalau masih belum, jom setkan temujanji kita !

hanya ada satu kawasan yg kita gunakan gerakan ke arah dalam iaitu kulit sensitif di bawah mata. di sini kita akan gunakan sentuhan yg paling lembut mungkin. tepuk tepuk ringan sahaja produk itu pada kulit anda untuk mengelakkan pegangan dan rentapan di kawasan sensitif. regangan dan rentapan boleh menyebabkan kedutan pramatang di sekitar mata.

inginkan gambaran yg lebih jelas? jom sertai kelas penjagaan wajah bersama saya. anda boleh bawa kawan bersama!!


love & trust
Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay -
Ateng Daud
013-9040679