Blogger Templates

Friday, 23 August 2013

kenali jenis kulit anda




Mary Kay telah membangunkan pelbagai jenis produk penjagaan kulit untuk memenuhi keperluan unik kulit anda. Biar sy jelaskan jenis-jenis kulit dan anda boleh tentukan jenis kulit anda. secara asalnya, terdapat 4 jenis kulit :

kulit kering
Kulit kering selalu berasa ketat dan mungkin di sertai garis-garis halus. porinya lebih kecil tetapi kulit berasa kering dan kasar jika disentuh. keperluan utama kulit kering adalah menambahkan lembapan dan menghidratkan semula kulit bagi mengurangkan kedutan dan pengelupasan.

kulit normal
Kulit normal kelihatan licin, halus serta mempunyai nada kulit yg sihat. tekstur kulitnya halus dan porinya tidak ketara. tumpuan untuk kulit normal adalah mengekalkan keseimbangan lembapan supaya kulit lebih kekal sihat.

kulit berminyak
Ciri ciri kulit berminyak adalah ketara; porinya besar dan kulit kelihatan berkilat. sebum berlebihan menyebabkan pori tersumbat dan berjerawat. tumpuannya adalah untuk mengawal penghasilan sebum dan membersihkan pori yg tersumbat dengan kotoran dan minyak berlebihan.

kulit kombinasi
Jenis kulit ini agak lazim. kulit jenis ini agak normal kecuali kawasan T zon adalah berminyak sementara kawasan lain di muka adalah kering atau normal. tumpuan bagi kelit jenis ini adalah memastikan kulit sihat dan seimbang dengan menghidratkan kawasan kering dan mengawal tempat yg lebih berminyak.

Tapi AWAS! jika anda PERNAH menggunakan produk pengelupasan, kulit anda tidak lg berada di dalam kategori ini. hubungi saya untuk info lanjut.

sudahkah anda kenalpasti kulit anda?

love & trust
Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay - 
Ateng Daud
013-9040679



No comments:

Post a Comment